Find Your Premium Insurances Quote

  

Sunday, October 12, 2008

Celcom tawar pelan perlindungan takaful

Celcom tawar pelan perlindungan takaful

Oct 10th, 2008 by Takaful

Sumber: Utusan Malaysia, 10hb Oktober 2008

Celcom (M) Bhd. (Celcom) menjadi syarikat telekomunikasi pertama yang menyediakan perkhidmatan perlindungan takaful kepada para pelanggannya dengan kadar bayaran premium RM3 bagi setiap suku tahun.

Bagi para pelanggan Celcom Blue pula, perkhidmatan itu diberikan percuma untuk tahun pertama.

Perkhidmatan tersebut dijalankan dengan kerjasama syarikat insurans, MAA Takaful Berhad.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Seri Shazalli Ramly berkata, tawaran berkenaan dibuka kepada semua pelanggan baru termasuk lapan juta pelanggannya sedia ada.

Jelasnya, perkhidmatan itu memberi jaminan perlindungan kepada semua golongan termasuk yang tidak berkemampuan, terutamanya para pelajar.

”Sebelum ini, kami pernah menawarkan perkhidmatan insurans kepada pelanggan tetapi untuk segmen takaful adalah merupakan kali pertama,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menandatangani perjanjian persefahaman (MoU) antara MAA Takaful dengan Celcom di sini hari ini.

Hadir pada majlis bagi mewakili MAA Takaful ialah Ketua Pegawai Eksekutifnya, Salim Majid Zain.

Celcom kini mencatatkan lapan juta pelanggan dengan enam juta daripadanya merupakan pelanggan prabayar.

Bagi melanggan perkhidmatan insurans berkenaan, para pelanggan baru boleh mengaktifkan talian terlebih dahulu sebelum menerima mesej pesanan ringkas (SMS) yang meminta supaya pendaftaran dilakukan.

Para pelanggan hanya diminta memasukkan nama dan nombor kad pengenalan masing-masing menerusi SMS berkenaan dan mereka yang berjaya mengaktifkan perlindungan takaful berkenaan tertakluk kepada terma dan syarat yang ditetapkan.

Nilai insurans untuk pelanggan pasca bayar adalah sebanyak RM38,000 manakala prabayar pula sebanyak RM18,000.

Ditanya mengenai kaedah tuntutan tersebut, Shazalli berkata, para pelanggan boleh memohon insurans secara langsung di mana-mana cawangan MAA Takaful.

Sementara itu, Salim Majid berkata, pelan hasil usahasama Celcom tersebut dijangka menyumbang kepada perolehan MAA Takaful sebanyak RM2 juta hingga RM3 juta untuk tempoh setahun selepas pelancarannya.

Topik:

1 comment:

Stephen Watts said...

There’s more. Before the board confirms a “certified” marking on any financial planner, one has to pass the moral test which is focused on ethical standards. All of our financial planners voluntarily subscribed to public disclosure of their personal, civil and criminal records – this happens every 2 years. Any past record can affect their certification status. This is to allow transparency of the process and to make sure also clients know the public background of the certified financial planner houston he is working with.

Loading...